Photobucket Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu? Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan salat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan. Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, kapankah hari kiamat itu? Rasulullah saw. menjawab: Orang yang ditanya mengenai masalah ini tidak lebih tahu dari orang yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan tanda-tandanya; Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, maka itulah satu di antara tandanya. Apabila orang yang miskin papa menjadi pemimpin manusia, maka itu tarmasuk di antara tandanya. Apabila para penggembala domba saling bermegah-megahan dengan gedung. Itulah sebagian dari tanda-tandanya yang lima, yang hanya diketahui oleh Allah. Kemudian Rasulullah saw. membaca firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. Kemudian orang itu berlalu, maka Rasulullah saw. bersabda: Panggillah ia kembali! Para sahabat beranjak hendak memanggilnya, tetapi mereka tidak melihat seorang pun. Rasulullah saw. bersabda: Ia adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan manusia masalah agama mereka. (Shahih Muslim No.10)
widgets

Tuesday, December 28, 2010

BERITA MENGENAI KELUARGA

Salam kepada semua pembaca blog "MOSUFAIZ" lanjutan pemeriksaan ayahanda pada hari ini, kini ayahanda berada di Hospital Alor Star (LAMA). Kemungkinan beliau di tahan wad untuk di lakukan KEYMOR rawatan untuk masukkan ubat yang mengambil masa  58 jam. Beliau akan berada di wad selama 3 hari, petang ini akan bermula di lakukan keymor pertama untuk permualan keymor. Untuk maklumat Dr perubatan menyatakan kemungkinan ayahanda akan melakukan KEYMOR sebanyak 3 kali, untuk tempoh 2 minggu sekali akan lakukan keymor.Selepas itu, scan akan akan dilakukan untuk mendapat jawapan rawatan susulan lanjutan yang akan di lakukan. Sekadar itu sahaja mengenai rawatan ayahanda, akan bersambung di kemudian untuk maklumat terkini rawatan ayahanda. 


"Semoga Kalian Mendoakan Kesejahteraan Kesihatan Ayahanda"








Sedikit mengenai rawatan susulan adik ku (DINA). Semalam Dr maklumkan scan yang di telah buat menunjukkan  ketumbuhan yang terjadi tidak begitu membimbangkan. Ketumbuhan yang terjadi ada sedikit (seperti mutiara)











Rawatan lanjutan akan di lakukan nanti, bersambung lagi untuk kisah rawatannya kemudian.


"Semoga Kalian Mendoakan Kesejahteraan Kesihatan AdikDina"





Sekian 

No comments:

Post a Comment