Photobucket Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu? Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan salat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan. Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, kapankah hari kiamat itu? Rasulullah saw. menjawab: Orang yang ditanya mengenai masalah ini tidak lebih tahu dari orang yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan tanda-tandanya; Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, maka itulah satu di antara tandanya. Apabila orang yang miskin papa menjadi pemimpin manusia, maka itu tarmasuk di antara tandanya. Apabila para penggembala domba saling bermegah-megahan dengan gedung. Itulah sebagian dari tanda-tandanya yang lima, yang hanya diketahui oleh Allah. Kemudian Rasulullah saw. membaca firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. Kemudian orang itu berlalu, maka Rasulullah saw. bersabda: Panggillah ia kembali! Para sahabat beranjak hendak memanggilnya, tetapi mereka tidak melihat seorang pun. Rasulullah saw. bersabda: Ia adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan manusia masalah agama mereka. (Shahih Muslim No.10)
widgets

Thursday, November 25, 2010

SUSULAN RAWATAN AYAHANDA DI SAYANGI terkini 24/11/2010

Salam kepada semua pembaca blog ini yang sentiasa menanti cerita-cerita terkini perkembanagan ayahanda yang di sayangi, kelmarin (24/11/2010) ayahanda semakin pulih dari pembedahan yang telah di lakukan.

Air yang di masukkan dalam badan tidak digunakan lagi, ubat penahan sakit yang diletakkan di belakang tulang badan pun telah di buang, malahan pek air kencing pun telah di buang, hanya yang tinggal beg pax untuk saluran najis sahaja yang dipasang untuk sementara waktu, bagi memulihkan tempat usus yang di bedah sihat sepenuhnya. Ayahanda juga telah ditukarkan ke wad yang lebih selesa.

Pemeriksaan di waktu petang kelmarin Dr Pakar telah maklumkan ayahanda sudah sihat, cuma Dr menasihatkan supaya ayahanda perlu banyak berjalan dan kemungkinan 2 @ 3 hari lagi boleh pulang ke rumah.

Ayahanad juga sudah berjalan sendiri ke tandas tanpa di pimpin, Insyaallah kita sama2 mendoakan kesihatan kesejahteraan ayahanda sihat sepenuhnya dan boleh pulang ke rumah.

Ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan ayahanda, juga datang melawat ayahanda oleh semua sanak saudara, memberi sokongan seterusnya kepada ibuandaku yang sentiasa di sisi ayahanda setiap malam menjaga ayahanda walaupaun tidak sihat sepenuhnya, abang-abang ku setiap masa menanti, menjaga ayahanda (MOHD SUHAIL,
MOHD SILMI & MOHD SAHLAN) .

Insyaallah dengan peningkatan kesihatan ayahanda semakin pulih, kemungkinan ayahanda akan keluar dari hospital pada bila2 masa sahaja.

Bertemu kembali dengan perkembangan terbaru ayanhanda.

Sekian.....

No comments:

Post a Comment