Photobucket Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu? Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan salat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan. Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, kapankah hari kiamat itu? Rasulullah saw. menjawab: Orang yang ditanya mengenai masalah ini tidak lebih tahu dari orang yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan tanda-tandanya; Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, maka itulah satu di antara tandanya. Apabila orang yang miskin papa menjadi pemimpin manusia, maka itu tarmasuk di antara tandanya. Apabila para penggembala domba saling bermegah-megahan dengan gedung. Itulah sebagian dari tanda-tandanya yang lima, yang hanya diketahui oleh Allah. Kemudian Rasulullah saw. membaca firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. Kemudian orang itu berlalu, maka Rasulullah saw. bersabda: Panggillah ia kembali! Para sahabat beranjak hendak memanggilnya, tetapi mereka tidak melihat seorang pun. Rasulullah saw. bersabda: Ia adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan manusia masalah agama mereka. (Shahih Muslim No.10)
widgets

Tuesday, November 23, 2010

SUSULAN RAWATAN AYAHANDA DI SAYANGI

Salam kepada semua yang membaca blog ini...


Kelmarin (22/11/10) Alhamdulillah selesai pembedahan yang telah dilakukan kepada ayahanda. Jam lebih kurang 11.15pg ayahanda telah dimasukkan ke dalam bilik pembedahan serta diiringi oleh ibuanda disyayangi dan abang ku (MOHD SAHLAN). Hampir 7 jam ayahanda berada di dalam bilik pembedahan. Jam lebih kurang 5.15ptg ayahanda selesai melakukan pembedahan dengan selamat dan direhatkan dalam bilik pemulihan (dalam bilik pembedahan lagi). Akhirnya jam lebih kurang 6.30ptg ayahanda di tolak keluar dari bilik pembedahan.
Ucapan terima kasih kepada semua adik-beradik sanak saudara sebelah (ayahanda & ibunda) yang datang melawat dari jauh maupun dekat datang serta menanti ayahanda ketika berada dalam bilik pembedahan.

Kepada semua pembaca blog ini,

Doakan kesejahteraan kesihatan ayahanda dalam keadaan sihat....

Diakhiri ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan ayahanda jua,

Kepada sesiapa yang ingin melawat ayahanda boleh la datang melawat di:

HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH
TINGKAT 3,
WAD KENANGA 3C.
WAKTU MELAWAT : 12.30TGH HINGGA 2.00PTG
4.30PTG HINGGA 7.30 PTG

SEKIAN.....

No comments:

Post a Comment