Photobucket Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu? Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan salat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan. Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, kapankah hari kiamat itu? Rasulullah saw. menjawab: Orang yang ditanya mengenai masalah ini tidak lebih tahu dari orang yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan tanda-tandanya; Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, maka itulah satu di antara tandanya. Apabila orang yang miskin papa menjadi pemimpin manusia, maka itu tarmasuk di antara tandanya. Apabila para penggembala domba saling bermegah-megahan dengan gedung. Itulah sebagian dari tanda-tandanya yang lima, yang hanya diketahui oleh Allah. Kemudian Rasulullah saw. membaca firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. Kemudian orang itu berlalu, maka Rasulullah saw. bersabda: Panggillah ia kembali! Para sahabat beranjak hendak memanggilnya, tetapi mereka tidak melihat seorang pun. Rasulullah saw. bersabda: Ia adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan manusia masalah agama mereka. (Shahih Muslim No.10)
widgets

Tuesday, November 23, 2010

PERKEMBANGAN RAWATAN AYAHANDA

Salam untuk semua pembaca blog ini...

Susulan rawatan ayahanda pada 23/11/10 (selasa) hari yang ke empat selepas masuk wad
Pagi tadi pakar Fisioterapi menerangkan cara untuk senaman selepas pembedahan di lakukan.
Rawatan susulan juga diambil tekanan darah, suhu badan, sukatan air kencing, serta denyutan jantung. Alhamdulillah kerana ayahanda hari ini dalam keadaan sihat dan turut boleh bersembang dengan sanak saudara yang datang melawat. Kesihatannnya sudah nampak pulih, ayahanda berpesan kepada sanak saudara yang berada jauh, tidak dapat melawat, tidak mengapa, ini kerana kesihatannya bertambah baik. Sebentar tadi juga, Dr. pakar beritahu ayahanda boleh di tukarkan ke wad kelas pertama, kerana beliau sudah dalam keadaan baik. Tidak pasti lagi berapa hari ayahanda akan berada di dalam wad. Akan di maklumkan perkembangan terbaru mengenai ayahanda.

Doa kan kesejahteraan kesihatan beliau.....

Juga terima kasih kepada semua yang mendoakannya.....

Sekian....

Wasalam.

No comments:

Post a Comment