Photobucket Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu? Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan salat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan. Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, kapankah hari kiamat itu? Rasulullah saw. menjawab: Orang yang ditanya mengenai masalah ini tidak lebih tahu dari orang yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan tanda-tandanya; Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, maka itulah satu di antara tandanya. Apabila orang yang miskin papa menjadi pemimpin manusia, maka itu tarmasuk di antara tandanya. Apabila para penggembala domba saling bermegah-megahan dengan gedung. Itulah sebagian dari tanda-tandanya yang lima, yang hanya diketahui oleh Allah. Kemudian Rasulullah saw. membaca firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. Kemudian orang itu berlalu, maka Rasulullah saw. bersabda: Panggillah ia kembali! Para sahabat beranjak hendak memanggilnya, tetapi mereka tidak melihat seorang pun. Rasulullah saw. bersabda: Ia adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan manusia masalah agama mereka. (Shahih Muslim No.10)
widgets

Thursday, November 25, 2010

PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA :

PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA (A)

(a) Air Mani (b) Zygot (c) Ovum / telur wanita



Allah s.w.t. mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang rasul untuk seluruh alam. Allah s.w.t berfirman di dalam Al-Qur’an yang bermaksud:

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. [Surah Al-Anbiyaa’, 21: ayat 107]

Justeru, Nabi Muhammad s.a.w diutuskan bukan hanya kepada orang-orang Arab badwi di zamannya, tetapi juga untuk para saintis hari ini yang sedang mengkaji di dalam makmal masing-masing. Baginda s.a.w. ialah rasul untuk semua manusia dari zamannya hingga hari kiamat. Sebelum itu, seorang rasul hanya diutuskan khas untuk kaumnya sahaja sebagaimana yang dinyatakan Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan berkatalah orang-orang kafir: “Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) sesuatu mukjizat dari Tuhannya?” Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar”. [Al-Qur’an, Surah Ar-Rad, 13: Ayat 7]

Dakwah Nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk semua manusia. Oleh itu Allah s.w.t. telah membekalkan tanda-tanda dan bukti-bukti yang berupaya mengesahkan kebenaran baginda s.a.w.. Bukti-bukti baginda s.a.w. tidak sama dengan bukti-bukti nabi-nabi yang lalu yang hanya dapat dilihat oleh umat semasa itu sahaja dan mungkin oleh umat betul-betul selepas itu. Kemudian Allah s.w.t. akan menghantar seorang rasul yang lain berbekalkan mukjizat-mukjizat baru untuk menjernihkan dan menghidupkan semula keimanan manusia. Oleh kerana Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk seluruh manusia hingga hari kiamat, Allah s.w.t. memberikanya mukjizat yang boleh disaksikan buat selama-lamanya sebagai tanda-tanda yang dapat mengesahkan kebenaran risalah baginda s.a.w..

Jika kita meminta seorang Yahudi atau Kristian menunjukkan mukjizat Nabi Musa a.s. atau Nabi Isa a.s. mereka akan memberitahu kita tidak mungkin dapat ditunjukkan semula mukjizat-mukjizat nabi-nabi itu. Contohnya tongkat Nabi Musa a.s. tidak mungkin dapat diadakan semula. Begitu juga keupayaan Nabi Isa a.s. menyuruh orang mati bangkit semula. Itu juga tidak mungkin dapat ditunjukkan sekali lagi. Bagi kita hari ini, mukijizat-mukjizat itu tinggal di dalam lipatan sejarah. Sebaliknya jika seorang Islam ditanya tentang mukjizat terhebat Nabi Muhammad s.a.w., dia boleh, menunjukkan Al-Qur’an. Ini ialah kerana Al-Qur’an merupakan mukjizat yang berada dalam tangan kita. Ianya satu buku yang boleh dikaji oleh sesiapa sahaja yang sudi membukanya.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Bertanyalah (wahai Muhammad): “Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?” (Bagi menjawabnya) katakanlah: “Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahikan kepadaku Al-Qur’an ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Qur’an itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain selain Allah?” Katakanlah lagi: “Hanyasanya Dialah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah terlepas diri dari apa yang kamu sekutukan (dengan Allah ‘Azza wa jalla)”. [Surah Al-An’aam, 6: Ayat 19]

Ciri kemukjizatan Al-Qur’an ada di dalam ilmu yang dibawanya. Allah s.w.t. berfirman:

“(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Qur’an yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Qur’an ini).” [Al-Qur’an Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 166].

Berhubung dengan itu, para ahli sains dan para pakar ilmu- professor dari banyak universiti-universiti- telah berkesempatan mengkaji ilmu-ilmu yang dibentangkan Al-Qur’an itu. Dewasa ini, para ahli sains telah cemerlang dalam kajian mengenai angkasaraya, walaupun Al-Qur’an telah pun membincangkan persoalan angkasaraya dan manusia sejak dahulu lagi. Jadi, apakah hasilnya?

Kami perkenalkan Profesor Emeritus Keith Moore, salah seorang saintis terkenal di bidang kajian tubuh manusia (‘anatomy’) dan kajian embrio (‘embryology’). Kami meminta Profesor Moore membentangkan analisa saintifiknya mengenai beberapa ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis-hadis terutama yang berkaitan dengan bidang kepakaran beliau.

Profesor Moore ialah penulis buku bertajuk “The Developing Human” (Makna: “Manusia Yang Sentiasa Berkembang”). Beliau ialah seorang Profesor Emeritus di bidang kajian tubuh manusia dan biologi sel (‘Anatomy and Cell Biology’) di Univeristy of Toronto, Kanada. Disitu, dia juga pernah berkhidmat sebagai Dekan Madya di Jabatan Sains Asas, Fakulti Perubatan dan pernah menjadi Pengerusi di Jabatan Kajian Tubuh-manusia untuk 8 tahun. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di University of Winnipeg, Kanada selama 11 tahun. Beliau pernah mengetuai banyak persatuan-persatuan pakar-pakar kajian tubuh-manusia antarabangsa, terpilih untuk menganggotai Persatuan Perubatan Diraja Kanada, Akademi Antarabangsa Cytology, Persekutuan Pakar Tubuh-manusia Amerika, dan Persekutuan Pakar Tubuh-manusia Amerika Utara dan Selatan. Pada tahun 1984, Profesor Moore telah menerima pingat paling dihormati di bidang kajian tubuh-manusia di Kanada, iaitu pingat ‘J.C.B Grant Award’ daripada Persatuan Pakar Tubuh-manusia Kanada.

Beliau telah menulis banyak buku-buku berkenaan kajian tubuh-manusia klinikal dan kajian embrio. Lapan daripadanya diguna-pakai di sekolah-sekolah perubatan dan telah diterjemahkan kepada enam bahasa.

Apabila diminta memberikan analisa mengenai ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis, Profesor Moore merasa takjub. Beliau tidak mengerti bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. yang hidup 14 abad yang lalu, berupaya menerangkan mengenai embrio dan perkembangannya dengan terperinci dan tepat sekali tentang fakta-fakta yang diketahui ahli-ahli sains hanya sejak 30 tahun yang lalu. Perasaan takjubnya bertukar kepada hormat kepada ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis itu. Beliau memperkenalkan pula perkara itu kepada para ahli ilmu dan ahli sains lain. Malahan beliau telah memberikan satu ceramah khusus mengenai keserasian di antara kajian embrio moden dan Al-Qur’an dan Hadis dimana beliau berkata:

Saya merasa amat sukacita kerana diberi peluang membantu menerangkan ayat-ayat Al-Qur’an berkenaan pembentukan manusia. Bagi saya ianya suatu yang amat nyata bahawa ayat-ayat ini telah diwahyukan kepada Muhammad (sallallahu'alaihiwassalam-pent) oleh Allah, atau Tuhan, kerana kebanyakan dari fakta-fakta ini tidak ditemui melainkan selepas beberapa kurun selepas itu (selepas riwayat hidup Rasulullah s.a.w.-pen). Ini membuktikan kepada saya bahawa Muhammad ialah seorang Rasul Allah.

Tengoklah apa pakar kajian embrio terkenal itu telah katakan selepas mengkaji ayat-ayat Al-Qur’an yang berkaitan bidang kepakarannya, dan tengoklah kesimpulan beliau bahawa Nabi Muhammad s.a.w. ialah seorang Rasul utusan Allah s.w.t..

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. [Surah Al-Mu’minun, 23: Ayat 12-14]

Perkataan Arab ‘alaqah’ mempunyai tiga makna. Yang pertama ialah ‘lintah’. Yang kedua ialah ‘sesuatu yang tergantung’. Yang ketiga ialah ‘seketul darah beku’.

Bila membandingkan di antara lintah (air-tawar) dengan embrio ketika peringkat ‘alagah’, Professor Moore mendapati satu persamaan yang tepat diantara kedua-duanya. Beliau membuat kesimpulan bahawa embrio di peringkat ‘alaqah’ berbentuk sama dengan bentuk lintah. Profesor Moore meletakkan gambar embrio berdekatan dengan gambar lintah (Lihat gambarajah 2.1). Beliau membentangkan gambar-gambar ini kepada ahli-ahli sains apabila di dalam pertemuan-pertemuan.



Gambarajah 2.1

Makna kedua perkataan ‘alaqah’ ialah ‘sesuatu yang tergantung’, dan inilah yang boleh kita saksikan iaitu embrio memang tergantung di rahim ibunya (‘uterus or womb’) ketika peringkat ‘alaqah’. Makna ketiga perkataan ‘alaqah’ ialah ‘seketul daging yang beku’. Profesor Moore menerangkan ketika peringkat ‘alaqah’, embrio melalui beberapa kejadian. Contohnya pembentukan darah di dalam satu tempat tertutup (‘closd vessel’) sehinggalah pusingan metabolik telah sempurna melalui ‘placenta’. Ketika peringkat ‘alaqah’, darah terpencil di dalam satu tempat yang tertutup. Justeru, embrio berbentuk seperti seketul darah beku disamping seperti lintah. Kedua-dua bentuk itu dinyatakan oleh satu perkataan Al-Qur’an berbunyi ‘alaqah’.

Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. berupaya mengetahui kesemua itu? Profesor Moore juga mengkaji embrio ketika peringkat ‘mudghah’ (sesuatu yang dimamah/dikunyah). Beliau megambil secebis ‘clay’ dan memamahnya. Kemudian beliau membandingkannya dengan gambar embrio ketika peringkat ‘mudghah’. Profesor Keith Moore berkesimpulan bahawa embrio di peringkat ‘mudghah’ berbentuk seperti sesuatu yang dimamah (Lihat gambarajah 2.2). Beberapa penerbitan Kanada telah menyiarkan kenyataan Profesor Moore. Selain itu, beliau juga mempersembahkan tiga program televisyen dimana beliau membicarakan keserasian di antara sains moden dan ayat-ayat Al-Qur’an yang telah diturunkan 1400 tahun dahulu.

Kemudiannya beliau ditanya satu soalan: “Adakah ini bermakna anda percaya Al-Qur’an ialah wahyu Allah?”.

Beliau menjawab: “Tidak sukar untuk saya mempercayainya”.
Beliau juga ditanya: “Bagaimana anda boleh mempercayai kerasulan Muhammad sedangkan pada masa yang sama anda mepercayai Isa?”.
Beliau menjawab: “Saya yakin mereka berdua datang dari sumber yang sama”.


Embrio / Gum : Persamaan antara janin manusia pada
tahap mudghah ‘seperti daging yang dikunyah’

Gambarajah 2.2

Justeru ahli sains moden seluruh dunia hari ini boleh mengetahui bahawa Al-Qur’an ialah wahyu Allah s.w.t. Itulah yang Allah s.w.t. firmankan di dalam Al-Qur’an [Surah 4: 166] yang bermaksud;

“....Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Qur’an yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya....” [Al-Qur’an Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 166]. Terjemahan penuh- sila lihat di atas.

Oleh itu, tidak sukar untuk ahli-ahli sains moden menerima hakikat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. ialah seorang rasul Allah sallallahu'alaihiwasallam.

No comments:

Post a Comment