Photobucket Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu? Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan salat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan. Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu? Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu. Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, kapankah hari kiamat itu? Rasulullah saw. menjawab: Orang yang ditanya mengenai masalah ini tidak lebih tahu dari orang yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan tanda-tandanya; Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, maka itulah satu di antara tandanya. Apabila orang yang miskin papa menjadi pemimpin manusia, maka itu tarmasuk di antara tandanya. Apabila para penggembala domba saling bermegah-megahan dengan gedung. Itulah sebagian dari tanda-tandanya yang lima, yang hanya diketahui oleh Allah. Kemudian Rasulullah saw. membaca firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. Kemudian orang itu berlalu, maka Rasulullah saw. bersabda: Panggillah ia kembali! Para sahabat beranjak hendak memanggilnya, tetapi mereka tidak melihat seorang pun. Rasulullah saw. bersabda: Ia adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan manusia masalah agama mereka. (Shahih Muslim No.10)
widgets

Thursday, November 25, 2010

PENYAKIT BARU KERANA KELUCAHAN DAN KEMAKSIATAN

Bakteria Aerosol dan sel darah Putih

Profesor T.V.N. Persaud: “Saya tiada masalah untuk menerima hakikat bahawa ini ialah satu ilham dari Tuhan atau wahyu yang membuatkan dia (baginda sallallahu’alaihiwasallam- pent) menyatakan sesuatu.

Kami perkenalkan kepada anda Dr. T.V.N. Persuad, Profesor Kajian Tubuh-manusia, Profesor Kesihatan Kanak-kanak, dan Profesor bahagian ‘Obstetrics, Gynecology, and Reproductive Science’ (Kajian sakit-puan dan sains pembiakan) di University of Manitoba, Winnipeg, Manitoba, Kanada. Di institusi itu beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia sejak 16 tahun yang lalu. Profesor Keith Moore yang telah memperkenalkannya kepada kami kerana dia percaya ada ahli-ahli sains yang berfikiran terbuka dan sedang mencari kebenaran. Profesor Persaud ialah salah seorang dari mereka. Beliau amat terkenal di bidangnya dan sudah menulis atau menyunting 22 buah buku teks dan telah menulis lebih daripada 181 penulisan saintifik. Pada tahun 1991, beliau telah menerima anugerah ‘J.C.B. Award’ daripada Persatuan Pengkaji Tubuh-manusia (‘Anatomist’) Kanada. Di dalam buku-bukunya, beliau telah memasukkan ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis yang beliau telah bincangkan di beberapa persidangan. Berikut ialah salah satu daripada Hadis yang dikaji beliau:

“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian malaikat akan bertanya, “Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?” dan Allah akan menentukan jantinanya sebagaimana yang Dia kehendaki” [Sahih Muslim- Kitab Al-Qadar].

“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang....”

Dr. Persaud telah memberikan banyak ceramah mengenai kaitan di antara Al-Qur’an dan Hadis dengan sains moden. Berikut ialah satu lagi Hadis yang telah dikaji oleh Profesor Persaud dan beliau telah menjadikannya sebagai satu daripada bahan ceramahnya:

“Jika amalan-amalan lucah berlaku di kalangan manusia dan kemudiannya menjadi satu amalan biasa dan terbuka, wabak dan penyakit-penyakit baru yang tidak pernah ada sebelum ini akan merebak di kalangan mereka” [Ibn. Maajah, Al-Hakim]

Mari kita dengar huraian Profesor Persaud mengenai Hadis ini:

“Memang diterima umum bahawa penyakit yang berlaku dalam ‘uterus cervix’ (rahim) berhubung-kait dengan umur wanita, kekerapan hubungan kelamin, dan bilangan pasangan seksnya. Beberapa kajian mengenai wabak penyakit telah menunjukkan hubung-kait yang nyata di antara bilangan pasangan seks dan berlakunya masalah penyakit rahim ‘cervical carcinoma’. Akibat dan bahaya hubungan seks rambang dan hubungan seks di luar tabii telah dinayatakan di dalam Hadis ini sejak 1400 tahun dahulu. Perkataan amalan lucah ini mencakupi perzinaan, hubungan seks rambang, dan saya diberitahu: hubungan sejenis, hubungan dengan binatang, dan lain-lain hubungan seks diluar tabii, dan penyakit-peyakit seperti Herpes dan AIDS ialah contoh-contoh penyakit-penyakit baru yang tiada penawarnya.

Kini baru kita benar-benar faham apa yang dimaksudkan oleh Hadis tersebut kerana hubungan sejenis, pelacuran dan amalan-amalan lucah telah berkembang dan menjadi satu amalan yang dibenarkan di negara-negara barat. Hanya beberapa tahun selepas revolusi seksual penyakit-peyakit yang dinyatakan Profesor Persaud merebak dan sesetengah daripadanya, seperti AIDS, mendatangkan bahaya kesihatan yang teruk dewasa ini. Sabda Nabi sallallahu’alaihiwasallam amat tepat sekali. AIDS (Lihat gambarajah 5.3) ialah satu contoh yang amat baik untuk mengambarkan penyakit yang tidak ujud sebelum ini, tetapi telah timbul dan ramai manusia yang risau kalau-kalau mereka telah dijangkiti virusnya.


Pengimbas Elektron Mikrograf (SEM) pada suatu permukaan
T-Lymphocyte (merah muda) dijangkiti dengan kuman HIV


Kepada Profesor Persaud, kami mengucapkan terimakasih diatas usaha beliau. Apabila kami bertanya pendapat beliau mengenai satu fenomena yang beliau sendiri amat arif mengenainya dan pernah mengkajinya, beliau berkata:

Bagi saya, Muhammad s.a.w. ialah seorang manusia biasa. Baginda s.a.w. tidak boleh membaca mahupun menulis. Malahan beliau seorang yang buta-huruf. Kita bercakap mengenai zaman 1400 tahun yang lalu, dan terdapat seorang manusia yang buta-huruf tetapi memperkatakan (sabda-pent) sesuatu yang amat bertepatan dengan sains. Secara individu, saya tidak nampak ini satu kebetulan, kerana terlalu banyak perkara yang tepat, dan seperti Dr. Moore, tidak sukar untuk saya menerima bahawa ini (Hadis) ialah sesuatu yang diilhamkan Tuhan ataupun suatu wahyu yang membuatkan baginda s.a.w. (sabda-pent) sedemikian.

Daripada ilmuNya, wahyu-wahyu itu telah Allah subhanahuwataala turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Allah subhanahuwata’ala berfirman yang bermaksud:

“(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Qur’an yang telah diturunkanNya kepadamu, Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Qur’an ini)” [Maksud Al-Qur’an Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 166].

Kitab ini, Al-Qur’an, ialah satu Petunjuk, Bukti, satu Kebenaran yang terbukti dan akan kekal dengan manusia hingga Hari Kiamat.

No comments:

Post a Comment